Dasar Kualiti

Falsafah UPSI

Menginsafi Bahawa


Pertama, fungsi sesebuah Universiti bukanlah sekadar menguruskan program-program latihan, tetapi lebih penting daripada itu, iaitu mengendalikan sebuah proses pendidikan ke arah pembinaan dan pengukuhan sebuah peradaban, sama ada secara ketara ataupun tersirat .


Kedua, Universiti adalah sebuah lanjutan kepada kesinambungan sebuah tradisi pendidikan perguruan yang berusia lebih lapan dekad dengan kebitaraan dan kecemerlangannya yang tersendiri;


UPSI sambil mengiktiraf kekuatannya dalam sejarah bangsa dari segi sumbangannya bagi tempoh hampir satu abad, hendaklah juga menginsafi hakikat yang ia harus terus hidup dalam seni perubahan yang semakin pesat dalam era ini.


Maka


Melewati fungsi utamanya untuk melahirkan lulusan bagi mengisi keperluan sumber daya manusia yang mencukupi bagi negara, Universiti hendaklah menjadikan dirinya bertanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajarnya malah seluruh anggota masyarakat Universiti sendiri - memiliki ciri-ciri berikut :


Pertama, beriman sejati, berkeperihatinan atas kesucian ilmu dan pengetahuan, kebijaksanaan dan berkeikhlasan intelek, berperikemanusiaan dan bertatalaku mulia ;


Kedua, bersifat patriotis dan nasionalis yang sihat dan liberal serta bersifat celik budaya, celik agama dan celik global. 


Matlamat terakhir UPSI adalah menjadikan anggota masyarakatnya, terutama sekali pelajar-pelajarnya, berimbang perkembangan minda, jiwa, jasmani dan rohaninya, serta berpeluang merealisasi diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan diri sendiri sebagai anggota yang bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara serta dunia dan alam sejagat.


Ke arah itu, Universiti meletak keutamaan tertinggi ke atas KEIMANAN, KEILMUAN, KEBUDIDAYAAN, KETAMADUNAN, KEMANUSIAAN, KEMASYARAKATAN dan KENEGARAAN. Dalam mendekati matlamat falsafah ini, Universiti menitikberatkan KECEMERLANGAN dalam setiap bidang aktivitinya.

Visi UPSI
Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.
Misi UPSI
Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.
Moto UPSI
"Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan".

Matlamat Institusi (Institutional Aims/Objectives)

1. Mengutamakan keikhlasan intelek dan kejujuran sikap dalam aktiviti meneroka sambil menyoal kembali kebenaran yang telah diterima selama ini bagi menjana, mengembang dan memperdalam ilmu;
2. Mewujudkan kesinambungan sumbangan yang berterusan bagi membangun dan memperkaya ilmu terutamanya menerusi bahasa Melayu dalam pelbagai bidang;
3. Menatar dan berkongsi ilmu melalui aktiviti-aktiviti kesarjanaan, termasuk perangkaian maklumat, pendidikan, penerbitan dan perundingan dalam dan luar negara;
4. Membina potensi individu bagi menjadikannya berilmu, berketerampilan, berbakat tinggi, berakhlak mulia dan bersemangat patriotis;
5. Menggerakkan komunitinya supaya lebih prihatin betapa perlunya mereka menyumbang khidmat kepada masyarakat dan negara, terutama ke arah pemupukan semangat patriotis dan nasionalistis untuk membina sebuah bangsa Malaysia dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.

1. Emphasis on the purity of intelligence and integrity in all activities as an effort to effectively generate, expand and refine knowledge;

2. Strive in providing continuous contributions in elevating and enriching knowledge particularly through the extensive use of the Malay language in various of fields;
3. Disseminate and share knowledge through scholastic endeavors that includes information network, education, publication and collaboration with local and foreign partners;
4. Develop individuals who are knowledgeable, charismatic, talented, honorable and patriotic;
5. Be the initiator of its community in increasing their awareness about the importance of rendering services to the society and country. It also shoulders the responsibility of cultivating the spirit of patriotism and nationalism among the community which is pertinent in developing our country and promotes world peace.

Visi FSMt

Peneraju Kreativiti dan Inovasi Sains dan Matematik

Misi FSMt

Menjadi peneraju dalam bidang Sains dan Matematik menerusi pendidikan dan penyelidikan yang kreatif dan inovatif

Moto FSMt

Memupuk Minda Kreatif

Hasil Pembelajaran Institusi (Institutional Learning Outcomes)
1. Menguasai ilmu dan pedagogi dalam bidang pengkhususan masing masing.
2. Boleh mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan (major dan minor) seperti yang ditawarkan di sekolah.
3. Menguasai kemahiran teknikal. termasuk penggunaan teknologi pendidikan dan ICT
4. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku beretika
5. Menjalankan tanggungjawab sosial
6. Berkomunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam pasukan
7. Cekap mengurus maklumat dan berkebolehan belajar sepanjang hayat
8. Berfikir secara kreatif dan kritis
9. Berupaya menjalankan penyelidikan
10. Peka terhadap isu-isu semasa dan isu-isu global

1. Acquire knowledge and pedagogy in respective major areas
2. Able to teach major and minor subjects offered by school
3. Acquire technical skills including the application of educational technology and ICT
4. Practice high level professionalism, values, attitude and ethical behavior
5. Conduct social obligations
6. Communicate effectively and able to work as a team
7. Efficient management of information and capable for lifelong learning
8. Think creatively and critically
9. Able to conduct research
10. Attentive to current and global issues

Objektif Pendidikan Program (Program Educational Objektif - PEO) 

Program Sarjana Muda Pendidikan (Fizik-AT12) 

1.To generate knowledgeable and professional skilled graduates in the field of physics.
2. To generate graduates who are capable to teach and manage the learning and study in physics offered at upper secondary level, diploma and pre-university.
3. To generate graduates with capability to conduct and manage research.
4. To generate graduates that can carry out community service.
5. To equip competence graduates for further study at higher-level education.

Program Diploma Sains (AT2000)

PO1: Memperolehi pengetahuan dalam Sains Asas; 
PO2: Membangunkan tingkah laku pengurusan makmal Sains dengan teknik dan kemahiran yang mencukupi; 
PO3: Mempunyai kebolehan untuk menyalurkan maklumat Sains dengan komunikasi berkesan; 
PO4: Memperolehi pengetahuan dalam keusahawanan dan kemahiran pengurusan; 
PO5: Meningkatkan bilangan pekerja separa mahir dalam bidang Sains bagi memenuhi kehendak industri pada peringkat tempatan dan antarabangsa; dan 
PO6: Mewujudkan peluang-peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. 

 (Acquire knowledge in the fundamental sciences.)
 (Develop experimental character of science with adequate techniques and skills.)
 (Possess ability to communicate effectively scientific information.)
 (Acquire knowledge on entrepreneurs and managerial skills.)
 (Increase the number of semi-skilled workers in Science to meet the needs of industry locally and globally.)
 (Create opportunities for students to pursue higher level education.)

Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcomes - PLO) 

Program Sarjana Muda Pendidikan (Fizik-AT12) 

PLO1: Master the knowledge and pedagogy in the field of physics. 
PLO2: Master the technical skills and teaching physics. 
PLO3: Apply education technology and ICT.
PLO4: Practise the level of professionalism, values, attitudes and ethical behaviour. 
PLO5: Able to carry out social responsibility. 
PLO6: Communicate effectively and able to work in teams. 
PLO7: Able to manage information efficiently and life long learning. 
PLO8: Think critically and creatively.
PLO9: Able to conduct research. 
PLO10: Responsive to current issues in the field of physics. 

Program Diploma Sains (A2000) 

PLO1: menguasai ilmu dalam bidang Sains; 
PLO2: menguasai prinsip asas teknik makmal; 
PLO3: mengaplikasi prinsip asas teknik makmal di dalam amali Sains; 
PLO4: mengintegrasi ilmu dengan kemahiran menjalankan amali dan penyelidikan; 
PLO5: mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran; 
PLO6: mempunyai kebolehan bekerja dalam pasukan; 
PLO7: mempamerkan sikap dan nilai murni dalam menghargai ilmu sepanjang hayat; dan 
PLO8: mengaplikasi ilmu dan kemahiran Sains dalam sektor industri yang mereka diceburi. 

(Mastering the knowledge of science)
(Mastering the basic principles of laboratory techniques)
(Apply basic principles of laboratory techniques in practical science)
(Integrating knowledge and skills to conduct experiments and research)
(Apply information and communications technology in learning)
(Demonstrate the ability to work in team)
(Demonstrate attitudes and values in appreciating knowledge for life long education)
(Apply knowledge and skills of science in the industrial sektor where they are employed)

Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes - CLO)

Dinyatakan dalam setiap rangka kursus

OBE – Outcomes Based Education (Pendidikan Berasaskan Hasil)



No comments:

Post a Comment