Monday, 17 June 2013

Majlis Pragraduasi AT12

Pada 15 Jun 2013, Majlis Pragraduasi Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Fizik) telah diadakan di ruang banquet Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah bermula 8:30 malam atas inisiatif pelajar sendiri. Aturcara dimulakan dengan makan malam diikuti persembahan karaoke oleh En Rahmat dan Cik Nadiah. Kemudian disusuli cabutan bertuah dan penyampaian cenderamata. Ucapan disampaikan oleh En Hafiz dan Ketua Jabatan Fizik. Seramai 40 orang pelajar Batch Pertama ini bakal bergraduasi pada Majlis Konvokesyen yang dijadualkan berlangsung pada September 2013. Semoga laluan kerjaya mereka dipermudahkan kelak. Selamat Berjaya!

No comments:

Post a Comment